Wednesday 27 November 2013

IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK~ PEDAS

assalamualaikum...
harini sebelum tidur liza nak syer sikit resepi ikan patin masak tempoyak
atau orang lipis ni panggil " ikan patin gulai masam"
memang menu wajib la org lipis ni..lg satu makanan yang terkenal sambal hitam..

baru sebut,da meleleh air liur ni...hehe..ok liza nk syer kat u all resepi gulai masam
jom...


bahan-bahan:-

1 ekor ikan patin
1 ulas kunyit hidup(besar ibu jari)
15-20 biji cili api( terpulang nak pedas atau tak)
2 senduk tempoyak(nak pekat isi lebih)
1 ikat daun kesum
sedikit asam keping
3 cawan air
sedikit garam
sedikit gula
sedikit ajinomoto
nak tambah sayur pun boleh cth:- timun cina @ lambuk @ terung


Cara-cara 
 ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis 
untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam 
kunyit hidup, dan cili api ditumbuk halus 
dan digaulkan dengan tempoyak tadi masukkan kedalam periuk yang diletakkan air, 
gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, 
letak atas api dan biar 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan, 
masukkan daun kesum dan timun cina tadi, 
sambil itu masukkan garam, jangan terlampau masin, 
kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit. 

Cadangan Hidangan:

 sedap dimakan panas dengan nasi putih, amat menyelerakan, resepi ibu mertua liza sendiri.
selamat mencuba Tambahan: tempoyak biarlah yang 5 hari diperam baru sedap masakan ini mengambil masa lebih kurang 20 minit

Sunday 17 November 2013

RESEPI UDANG GALAH MASAK SAMBAL WANGI



sumber google sebab x sempat ambil gambar da licin

Bahan-bahan 
( 6 orang )

1 kg udang galah
2 biji bawang besar ( di mayang halus )
6 biji bawang kecil/india ( dikisar )
4 ulas bawang putih ( dikisar )
3cm halia ( dikisar )
1 batang serai ( dikisar )
3cm lengkuas ( diketuk )
2 sudu besar sos tomato
3-5 pokok daun sup & daun bawang
minyak masak,
gula dan garam ikut citarasa
15-24 batang cili kering ( di kisar )

 Cara-cara 
tumiskan bawang yang telah di mayang sehingga layu,
kemudian masukkan semua bahan-bahan yang di kisar dan tumis sehingga garing ( untuk mencepatkan cili garing masukkan sedikit gula) 
setelah bahan yang di tumis garing,
masukkan lengkuas dan sos tomato, serta gaul sehingga sebati kemudian masukkan udang yang telah dibersihkan ( sekirangnya udang mempunyai telur, jangan buang masukkan sekali kerana ia membuat sambal lebih enak ) dan garam secukup rasa, masak sehingga air yang di keluarkan udang kering. akhir sekali setelah sambal masak, tutup api dan taburkan daun sup daun bawang... hidangan siap untuk di makan